Thursday, May 28, 2009

KURSUS BLOG

Hari ini dijalankan satu program anjuran Pejabat Belia Kuala Selangor untuk Kelab Rakan Muda Tanjong Karang iaitu Kursus Blog.
Kursus ini diajar oleh 3 orang pengajar yang terlatih untuk mengajar kami membuat blog berkaitan rakan muda. Program yang dihadiri oleh sekurang-kurang 10 orang peserta ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang untuk sesi pagi manakala sesi petang bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang.

Wednesday, May 27, 2009

PENGENALAN RAKAN MUDA




Program Rakan Muda adalah program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development)
   
Penekanan pendekatan Pembangunan Belia Komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial dan budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komuniti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.

Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dalam pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K (Kemahiran, Kepimpinan, Keusahawanan) dan selaras dengan pembentukan modal insan yang di beri penekanan oleh kepimpinan negara.


KONSEP

Menekankan aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.


VISI

Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

MISI

Melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya patriotik, kesukarelaan dan daya juang yang tinggi.


VIDEO RAKAN MUDA







Satu contoh aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Muda.

LOGO KELAB RAKAN MUDA TANJONG KARANG

RAKAN MUDA REMAJA SIBER
RAKAN MUDA SUKARELAWAN



ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA


PENGGERAK RAKAN MUDA

RAKAN MUDA




SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB RAKAN MUDA TANJONG KARANG

Segala program Rakan Muda Tanjong Karang akan dikemaskini di sini.